Tuesday, September 19, 2006

Habis Deadline

Semalam,
Aku habiskan mase upgrade blog baru aku. Ermmm tengah rajin. Nak buat design gambar masih belom touch up lagi... Aku malas...same cam setiap kali baru habis deadline. Tapi aku plan nak start awal untuk isu ni...ermmm ok la ia bermula dengan sedikit baik.


Takde rezeki...
Semalam Dek, Adin dan aku plan nak gi main boling. Tapi takde rezeki sebab penuh sampe kul 10.30 malam. Malas aku nak tunggu sebab badan dah penat giler. Aku tak berkesempatan nak rehat lagi sejak balik dari kampung. Maybe malam ni bole rilek kat rumah lepas balik dari swimming. Mase kat Plaza Alam Sentral malam tadi aku park keta kat B2, pastu tunggu lift nak naik ke tingkat 4. Lame giler aku tunggu lift tu turun kebawah. Tapi hampeh lift tu penuh ngan barang construction... bengong la pihak management tempat tu (orang yang berkenaan sila ambil perhatian) Lift untuk orang ramai digunakan untuk letak barang. No signboard, No warning! Menyusahkan orang je.

Monday, September 18, 2006

Kenduri Tahlil & Sambut Ramadhan

Bissmillahirahmanirahim...

Alhamdulillah aku dapat siapkan keja sebelum
deadlines dengan hati yang girang sebab nak balik kampung . Walaupun 2 minggu sekali balik kampung, perasaan rindu kat Ma, abang, adik dan suasana di kampung meluap-luap kat dalan hati ni....ermmm lepas gak rindu... tapi rindu kat arwah ayah sejak pemergianya pada 1 Ogos 2006 yang lalu masih terbuku lagi kat hati ni, walaupun cuba sibuk-sibukkan diri, solat, gelak ketawa, bergurau tak hingat, gi sana, gi sini, tapi...masih sama....rindu.....

Ok la,
Jumaat lalu, tak sabar nak tunggu pukul 4 petang, sebab nak balik kampung. Akhirnya hampir pukul 5 baru aku dapat tinggalkan
office sebab ada plak hal yang belum terlaksana. Huh! desis hati yang geram...kalau bab nak balik kampung aku suka cepat-cepat! Tapi nak buat macamana.

Perjalananku balik kekampung kali ni bersama Akak dan 2 orang anaknya Tihah dan Nisya. Akak adalah kakakku yang sulung.
Husband Akak keja, so Akak tumpang aku balik kampung. Kali ni balik kampung sebab Ma buat kenduri Tahlil dan sambut Ramadhan. Alhamdulillah selamat sampe kat kampung malam tu.

Pagi sebelum kenduri...
Sabtu, pagi2 dah bangun, sebab aku ada kedai kopi dan runcit. So, pagi2 tolong Ma jual nasi lemak, pulut, mee, kuih-muih untuk orang2 breakfast nak gi kebun menoreh. Aku pandai gak bungkus nasi lemak, Ma yang ajar mase kecik2 dulu.... tapi pagi tu Akak yang buat sume sebab aku tak reti bungkus guna daun pisang. hehehhe juz bubuh nasi je la atas daun pisang pagi tu....

Selesai pagi tu, Bang Chik! tu panggilan manjaku di rumah. Ma panggil aku suh parut kelapa. Aku mula parut kelapa untuk buat kari kambing, ayam kampung lemak cili api dan daging masak kicap untuk menu kenduri malam nanti. penat ooooo.... tapi benda tu aku selalu buat la... tapi yang ni first time....

Sembelih kambing
Atam, dia abangku. Atam ajak aku gi tolong pakcik Saari kawan keluarga aku untuk sembelih kambing dekat kandang di belakang kedai. Aku cuba mengelak buat keja lain supaya tempat ku digantikan oleh orang lain tapi tak berjaya. Sebab orang laki2 lain takde, dorang dah pergi Bukit Jalil sebab nak tengok bola N9 vs Perlis...huhuhu kena pegang kambing. Huh tak suka la.....busuk.....

Aku, Atam & Pakcik Saari. Kitorang bertiga la yang kena uruskan kambing tu. Aku kena pegang tanduk kambing tu, Atam pegang kaki & Pakcik Saari sembelih... "Pegang kuat2 Man" Pakcik Saari kata kat aku... Aku dengan muka mencuka pegang tanduk kambing tu... Aku lelap mata mase Pakcik Saari potong leher kambing tu. Bila dia kata lepas, aku lepas dan cepat2 pergi sebab tak nak tengok kambing tu punya darah. "tau takut dak Aman" kata Pakcik Saari. hehhee aku senyum kambing dan terus blah balik ke kedai.

Ah... lega takde pape terjadi waktu penyembelihan tu!.......tetiba aku perasan...darah...
yakkksss! Darah kambing kat kaki aku!!!! Eeeewwww geli siot! Berkejor aku balik ke kedai cuci kaki! Ceh! Aku terus jaga kedai pastu, sementara dorang setelkan lapah daging kambing tu...

Kenduri dah nak mula...
Menjelang petang sume menu hampir siap. Ma, Akak, Makcik dan jiran masak kat dalam kedai, Atam dan Pakcik Saari dibantu oleh member famili gak, Abg Ujang (Sepatutnye dia la yang kena pegang kambing tu, tapi bila setel sembelih baru sampe. Huh!) setelkan masak kari kambing kat luar... Petang tu aku kuar jap ngan Tasya adik bongsuku ke pekan yang terdekat dengan kampungku, Gemas. Gi cari barang sket... Sian adikku yang sorang lagi tu...Yaya, dia study kat Poli Dungun. Dia tak pat balik sebab baru habis bercuti pertengahan semester dan sambung plak cuti demam dia lagi seminggu. Yaya kena demam campak...teruk dia ari tu, sian aku tengok. Tapi sempat lo aku ejek dia... sebab kalo sihat tak nak dengar cakap....hehehhee Yaya demam selepas Ma kena demam tu. Mase Yaya demam tu, Abg Cup (abang) ngan Sally (adik) pon demam gak... aku keja dok hantar dorang sume gi check darah takut2 suspek denggi. Alhamdulillah bukan. hmmm kesian dorang. Ni mase kenduri ni, Tasya plak yang demam... Semoga Allah S.W.T kuatkan la hati kami menghadapi dugaan ini... Aku rase demam campak tu berjangkit lo...jage2....

Malam pon tiba, lepas Maghrib je orang da ramai datang. Pak Imam pon mulakan la Tahlil untuk Allahyarham Ayahanda dan untuk saudara mara yang telah kembali ke rahmahtullah mengikut senarai nama yang telah kuberikan. Al-Fatihah, Semoga Allah merahmati roh mereka dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman...Amin.

Pinggan plastik
Sebab buat kenduri di kedai (kedai dan rumah berasingan) kitorang pakat guna pinggan plastik je untuk hidang makan tetamu yang hadir. Senang la nanti nak kemas... Ok la sume setuju pada awalnya... Sedang Tahlil dibacakan, tiba2 Atam suh tukar guna pinggan kaca. Atam kata takkan orang tua nak guna pinggan plastik? Tak manis dan tak selesa la... Lo, aku terus gi dapur cuci je pinggan kaca yang ada untuk dihidangkan.... lekuk lekang la bunyi aku basuh pinggan kat sinki... Sampe kena tegur kat Ma, pelan2 sket....heheheh. Nasib baik cukup pinggan kaca yang ada.. Menu dihidangkan ala2 buffet. Alhamdulillah setel sume lauk2 walaupun orang ramai takde sebab gi tengok bola kat Bukit Jalil dan banyak gak kenduri sambut Ramadhan yang berlangsung serentak mase rumah aku kenduri. Da rezeki nak habis, Alhamdulillah...syukur pada Allah... yang bestnye, member2 aku yang tak datang sebab gi tengok bola, bengang gile! da la N9 kalah, pastu melepas kari kambing kegemaran dorang! hehehehe sian dorang....

Da habis...
Syukur pada Allah, kenduri berjalan dengan jayanya... penat petang tadi hilang dengan keletah anak menakan aku yang aktif berkejor sana kemari dalam kedai Ma aku tu... Kalau difikir-fikirkan balik tak nak je aku balik ke Shah Alam. Hati ni masih rindu dengan apa yang berlaku mase kenduri tu....namun apakan daya, tanggungjawab menantiku disini.... Terpaksa la kuteruskan walaupun hati ini....masih rindu.....

Blog aku

ni kali kedua aku buat blog...pasni tak tau la sampe bile.....hehehehe